
KOTA BHARU: Madinah Ramadan di Dataran Warisan kembali menjadi tumpuan orang ramai sejak malam 1 Ramadan lepas bagi menunaikan solat tarawih diimamkan qari dari negara Arab.
Imam dari Mesir mulai diundang ke Madinah Ramadan mulai tahun 2007. Dan sekarang Sheikh Hisyam Abdul Bari juga berasal dari Mesir merupakan imam tetap di Madinah Ramadan.
Kali ini orang ramai juga berpeluang solat tarawih diimamkan warga Palestin Abdul Karim Elyaan.
Madinah Ramadan sebelum tahun 2014 dikenali dengan Qaryah Ramadan. Pelbagai pengisian diadakan di Madinah Ramadan sepanjang Ramadan.
Program diadakan di Madinah Madinah bermula pagi sehingga malam.
Pada pagi tadi diadakan program Interaksi al-Quran dikendalikan pentadabbur MyQuran time @ TV alHijrah Ustaz Fazrul Fahmee Ismail.
Selain itu Tahsin Qiraat, aktiviti menderma darah dan pelbagai lagi.
Exco Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah memberitahu tahun ini Madinah Ramadan bertema perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan Masjid al-Aqsa.
Menurutnya reka bentuk dan suasana di Madinah Ramadan berkonsep cinta Palestin sebagai tanda solidariti dan keprihatinan kepada rakyat di negara terbabit.
Dan malam ini Madinah Ramadan dijangka dirasmikan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.
Pada Jumaat lepas diadakan majlis Pelancaran Tabung Madinah Ramadan 1145/2024 di Medan Ilmu.
Selain Madinah Ramadan, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan turut mengadakan tazkirah ringkas di Dewan Zulkifli Muhamad selepas solat Zohor setiap hari.
Tazkirah turut diadakan secara atas talian secara bergilir-gilir membabitkan pemimpin kerajaan negeri, wakil rakyat dan ulama.
Pelancarannya dilakukan Menteri Besar pada Selasa lepas.
Dataran Muhammadi di Masjid Muhammadi juga menjadi tumpuan orang ramai berbuka puasa setiap petang. Ramai datang beriftar bersama keluarga sambil menunaikan solat tarawih. – HARAKAHDAILY 14/3/2024











