Dasar MBI lahir pegawai integriti tinggi

Dato' Wan Roslan Wan Hamat
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan merupakan antara negeri di negara ini yang memiliki sebuah agensi yang memberi latihan kepada kakitangan kerajaan bagi melahirkan komuniti rabbani.

- Advertisement -

Anggota Exco kerajaan negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, agensi terbabit sebelum ini dikenali sebagai Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK).

Katanya, ILPK ditubuh pada November 2019 bagi memantapkan kefahaman dan meningkatkan profesionalisme guru-guru Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Kata beliau agensi itu berperanan melaksanakan Dasar Pendidikan Rabbani supaya seiring dengan dengan YIK, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan institusi pendidikan lain. 

“ILPK turut mengendalikan kursus-kursus bagi memberi kefahaman terhadap dasar Membangun Bersama Islam (MBI) kepada kakitangan syarikat berkaitan kerajaan negeri,” katanya di sini.  

Bagaimanapun, kata beliau pada tahun 2021 ILPK dinaik taraf Institut Latihan Darul Naim (ILDAN).

Menurutnya, ILDAN bukan lagi menyasarkan kursus melibatkan guru-guru YIK dan anggota GLC, sebaliknya memperluaskan kepada kakitangan kerajaan negeri dan rakyat.

Kursus yang dianjurkan ILDAN.

Wan Roslan juga berkata, dasar MBI turut diperluaskan ke peringkat pemimpin di akar umbi dan rakyat.

“Sudah sampai masanya dasar MBI sampai kepada rakyat. Penghayatan dasar tersebut dianggap berjaya dengan mengambil kira tiada pegawai yang disabitkan dengan kesalahan rasuah atau penyelewengan.

“Dengan kata lain MBI melahirkan pegawai integriti tinggi. Sebab itu di era Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob diterapkan tema Merakyatkan Membangun Bersama Islam dan sekarang pula Penghayatan Membangun Bersama Islam,” ujarnya.

Kata beliau lagi, apabila dasar MBI dihayati rakyat akan dapat melahirkan konsep Desa Taqwa yang diperkasakan semula kerajaan negeri mulai tahun ini. – HARAKAHDAILY 14/3/2024

- Advertisement -