
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak menjalankan pemantauan cerun di sepanjang jalan dan lebuh raya termasuk jalan raya di Tanjung Jaga Kaki Gunung Jerai kerana berada di luar bidang kuasa kementerian.
Namun begitu, NRES melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) melakukan pemantauan cerun kritikal secara berkala di kawasan petempatan, pertanian dan kawasan pelancongan selain daripada cerun sepanjang jalan serta lebuh raya.
NRES menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Sabri Azit (PN-Jerai) di Dewan Rakyat, semalam.
Dalam soalannya, Sabri meminta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan tindakan Kementerian terhadap kadar cerun yang berisiko di Tanjung Jaga Kaki Gunung Jerai bagi keselamatan pengguna jalan raya. – HARAKAHDAILY 13/3/2024











