Kontraktor G1 Bumiputera Melaka berisiko gulung tikar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kontraktor kategori G1 Bumiputera di Melaka berisiko gulung tikar ekoran kesukaran dihadapi untuk mendapat projek-projek baharu yang semakin kurang ditawarkan, demikian kata Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah).

- Advertisement -

“Sejak dari tahun 2023 saya menerima reaksi pelbagai daripada kontraktor Bumiputera kelas G1 negeri Melaka ekoran peruntukan MARRIS yang telah diberikan kepada satu syarikat di bawah kerajaan negeri.

“Setiap tahun lazimnya Pejabat Daerah dan Tanah, JKR, JPS dan PPD akan buat kerja cabutan undi tiga ke empat kali setahun. Tetapi kini sudah semakin kurang,” ujar beliau.

Mas Ermieyati yang juga merupakan Ketua BERSATU Bahagian Masjid Tanah itu berkata demikian ketika Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Tambah beliau terdapat seramai 1,300 orang kontraktor G1 Bumiputera di Melaka yang sebahagian besar mereka berada dalam keresahan disebabkan masalah itu. 

“Ramai yang tak dapat kerja. Ramai yang sedang geleng kepala. Ramai yang sedang menderita. Saya harap perkara ini dapat dilihat dengan baik.

“Dan saya tengok dalam Tiktok semalam Kerajaan Negeri Kedah, MB Kedah cabut undi untuk setiap daerah dan ini harus dilakukan oleh Negeri Melaka,” cadangnya. – HARAKAHDAILY 4/3/2024

- Advertisement -