MP Pmtg Pauh suarakan pelbagai isu di Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani dilihat agak terbuka terhadap penganjuran konsert kononnya semata-mata untuk pulangan ekonomi sedangkan ia menyumbang kepada pergaulan bebas, pendedahan aurat dan masalah sosial yang lain

- Advertisement -

Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini hari ini.

Turut disentuh adalah isu menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia yang ditegurnya Menteri berkaitan supaya bijak agar tidak menimbulkan kepentingan tertentu hingga membawa implikasi buruk berpanjangan.

Juga disinggungnya isu pemansuhan skim pencen penjawat awam, di mana menurutnya tidak wajar kerana gaji penjawat awam adalah kecil, apatah lagi di saat ini majoriti rakyat sedang merasai tekanan ekonomi.

Berkenaan isu Enakmen Jenayah Syariah oleh Mahkamah Persekutuan, beliau menuntut penjelasan kerajaan agar di masa depan perundangan Syariah tidak lagi boleh dicabar oleh mereka yang tidak senang dengannya.

Beliau juga berharap kerajaan meminda Akta Kastam 1967 berkenaan klasifikasi arak dan liquor di mana penjualannya mesti dihadkan dari terbuka kerana sedia dimaklumkan kesan buruknya kepada rakyat.

Pendakwah terkenal ini turut mempersoalkan pelanggaran undang-undang alam sekitar dalam kes pencemaran Sungai Kulim di Kedah yang berpunca dari najis khinzir walaupun disangkal sebagai najis itik oleh pihak berkaitan.

Ustaz Fawwaz malah mengulangi gesaannya untuk Kerajaan Persekutuan bertindak mengatasi isu kesesakan trafik antara Sungai Dua dan Permatang Pauh yang masih dilihat tidak berkesudahan. – HARAKAHDAILY 28/2/2024

- Advertisement -