Bayaran ISF tingkat perkhidmatan PBT di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bayaran Fasa 2 Kumpulan Wang Perkhidmatan (ISF) berjumlah RM3.173 juta diagih kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan bagi tahun 2023.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, bayaran itu bertujuan mempertingkatkan mutu dan perkhidmatan PBT terutamanya menaik taraf kemudahan awam di seluruh Kelantan.

Katanya, bayaran ISF bagi Fasa 1 pada kadar yang sama diagihkan kepada semua 12 PBT di Kelantan semasa Sambutan Hari Kelantanku Bersih pada akhir Disember lepas.

“Jumlah terkumpul bayaran ISF yang diagihkan kepada semua PBT untuk kutipan bermula 15 November 2022 hingga November 2023 berjumlah RM6.346 juta,” katanya pada majlis penyampaian bayaran ISF bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darul Naim.

Menurutnya juga bayaran ISF dikutip daripada pelaksanaan projek-projek khas yang diselaras di Kelantan.

“Semoga wang ini dapat digunakan sebaik-baiknya oleh PBT,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/2/2024

- Advertisement -