Mantan YDP Kulim Bandar Baru kembali ke rahmatullah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Kulim- Bandar Baru, Ustaz Hassan @ Abdul Raman Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 7.44 malam tadi. 

- Advertisement -

Berita pemergian almarhum dimaklumkan oleh menantunya yang merupakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden, kira-kira jam 8.35 malam tadi. 

Menurut beliau, beberapa minit sebelum ayahanda mertuanya menghembuskan nafas terakhir, dahi Allahyarham kelihatan berpeluh dan tenang tanpa menunjukkan reaksi kesakitan.

“Alhamdulillah, Allah ambil ayah pada malam Jumaat dalam keadaan tenang, sebaik sahaja selesai anak cucu membaca Al-Quran,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Alor Setar. 

Allahyarham Ustaz Hassan,73, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Menteri Besar, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak serta pernah beberapa kali menjadi calon Pilihan Raya Umum (PRU).

Beliau juga pernah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah beberapa sesi lalu, juga antara tenaga pengkuliah agama sama ada di markas PAS, surau mahupun masjid-masjid. 

Beliau jatuh sakit hampir dua tahun lalu dan paling akhir dirawat di Hospital KPJ, Perda, Seberang Perai kerana diserang angin ahmar. 

Affan berkata, jenazah ayahanda mertuanya kini berada di kediaman keluarga di Taman Haruan, Kelang Lama, Kulim dan waktu solat jenazah belum ditentukan lagi. – HARAKAHDAILY 22/2/2024

- Advertisement -