Kedah bina kerjasama strategik dengan syarikat Amerika

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri bakal menjalin kerjasama strategik bersama American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM Malaysia) melibatkan pelaburan dalam bidang elektrikal, elektronik, solar dan lain-lain.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi; Sains, Teknologi dan Inovasi,

Dr Haim Hilman Abdullah berkongsi perkara itu susulan pertemuannya dan pasukan pelaburan Kedah bersama syarikat berkenaan di Kuala Lumpur, semalam. 

Menurut beliau, banyak perkara telah dibincangkan bersama dan usaha yang bakal diaturkan adalah berasaskan semangat menang-menang kepada dalam menggerakkan hubungan strategik kedua-dua pihak.

“Pasukan pelaburan kita telah membentangkan potensi pelaburan di Kedah yang perlu direbut oleh syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat khususnya dan dunia amnya.

“Beberapa langkah juga telah diatur untuk memantapkan kerjasama yang bakal dibentuk di antara pemacu pelaburan Kedah iaitu Invest Kedah dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) bersama AMCHAM,” katanya lagi. 

Haim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, mengharapkan langkah yang diatur bakal menemui kejayaan dan Kedah suatu hari nanti akan menjadi destinasi pelaburan syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat. 

Dalam pada itu ujarnya, beberapa inisiatif akan dibangunkan untuk meningkatkan lagi jumlah pelaburan syarikat baharu dan sedia ada ke negeri ini. – HARAKAHDAILY 22/2/2024

- Advertisement -