Mutang angkat sumpah Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20 untuk tempoh selama tiga tahun bermula hari ini.

Terdahulu, beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Februari 2024 di mana lantikan beliau merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.

- Advertisement -

Selain itu, Mutang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Mas pada 1982 hingga 1990 yang mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan.

Berketurunan Lun Bawang, beliau merupakan orang Dayak pertama yang memegang jawatan ini dan calon tunggal yang dicalonkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan itu bagi menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang telah meletakkan jawatan pada bulan lalu untuk dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Sehubungan itu, Mutang berikrar untuk meneruskan usaha mengukuhkan Parlimen, termasuk rancangan menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan penambahbaikan kepada peraturan mesyuarat. – HARAKAHDAILY  19/2/2024

- Advertisement -