Rewcastle Brown mula cari ‘kambing hitam’

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mula menggelabah apabila dijatuhi hukuman penjara dua tahun di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, Clare juga mula mencari alasan dipersalahkan termasuk mengaitkan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, penyokong Pakatan Harapan (PH) sewajarnya menyatakan ketika kenyataan berunsur fitnah melalui buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose diterbitkan.

“Rewcastle-Brown dah mula mencari ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan apabila didapati bersalah  Mahkamah Majistret Kuala Terengganu yang menjatuhkan hukuman ke atasnya.

“Harap kawan-kawan Clare yang masih ramai di Malaysia dapatlah tolong ya, janganlah tengok saja..,” katanya dipetik dari status terkini Facebook Ahli Parlimen Pasir Mas itu hari ini.

Pengarang Sarawak Report itu dijatuhi hukuman penjara dua tahun di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Majistret, Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri selepas Rewcastle-Brown, 65, didapati bersalah dan memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini.

Mahkamah sebelum ini juga pernah mengeluarkan waran tangkap terhadap Rewcastle-Brown kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh berkaitan kes berkenaan.

Perbicaraan kes yang dijalankan secara ‘in absentia’ (tanpa kehadiran) itu dilaksanakan di bawah Seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah kerana mengeluarkan kenyataan berbau fitnah.

Pada 21 November 2018, Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman selepas kenyataan itu mendakwa baginda terbabit rasuah selain mencampuri pentadbiran kerajaan negeri.

Kenyataan itu juga menuduh baginda dengan kuasanya untuk menubuhkan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – HARAKAHDAILY 8/2/2024

- Advertisement -