Proses lahirkan ahli PAS berwibawa perlu masa

Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Proses melahirkan ahli PAS berwibawa sememangnya memakan masa yang Panjang, kata Ahli Jawatankuas Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.

- Advertisement -

Katanya, ia tidak hanya mengetahui tentang tasawwur Islami serta kebertanggungjawaban parti yang diusrahkan.

Malah kata beliau dengan pengalaman dan istiqamah yang dimiliki menjadikannya lebih matang, dan tidak terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan. 

Beliau berkata, peringkat terakhir marhalah usrah yang akan dilalui oleh ahli PAS adalah marhalah tanfiz.

Katanya, marhalah atau praktik ini merujuk kepada maksud pelaksanaan.

Tambah beliau, dengan perkataan lain, ahli berkenaan telahpun melalui marhalah taarif dan takwin, serta mereka bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli PAS yang wibawa. 

Ahli Parlimen Kuala Kedah itu berkata, dalam marhalah tanfiz ini, ahli diberi penekanan tentang pembentukan syaksiah diri seorang mujahid seperti berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, dengar dan taat, berdisplin dan istiqamah.

Katanya dengan demikian, ahli tersebut menjadi amilin yang benar-benar tahu apakah motif sebenar ia berada di dalam parti Islam. 

“Perlu difahami bahawa manhaj PAS yang diterjemahkan menerusi marhalah berkenaan bertujuan untuk membentuk ahli PAS yang besifat haraki.

“Ia tahu tentang apa itu definisi gerakan Islam, tujuan penubuhannya, bentuk dan sifat ahlinya, bidang dan medan mad’u yang dihadapi, serta mampu menyerap realiti amalan politik hari ini.

“Proses tersebut membuatkan ia memahami ketersambungan gerakan Islam dengan amalan politik yang berlaku pada hari ini,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya seseorang ahli itu hanya memikirkan langkah politik semata-mata tanpa roh tujuan Islam, maka gerakannya sama seperti ahli atau parti politik lain.

Katanya ia mungkin dapat meraih habuan keduniaan seperti pangkat dan pengaruh, tetapi jauh di sudut ibadah usahanya itu tidak mendatangkan hasil apabila berada di akhirat kelak.

Namun, tegas beliau jika ia menjadikan Islam itu sebagai panduan dan inti politik, maka manfaatnya akan berkekalan sehingga ke akhirat nanti. – HARAKAHDAILY 6/2/2024  

- Advertisement -