Himpunan 500 lori tanda solidariti Palestin

Mohd Firdaus Mohd Nawi
- Advertisement -

KOTA BHARU: Bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin yang kini seakan dilupakan oleh masyarakat, satu Himpunan Lori sebanyak 500 buah akan diadakan 10 Februari ini.

- Advertisement -

Penasihat program berkenaan Mohd Firdaus Mohd Nawi berkata, program itu juga diadakan sebagai menyatakan sokongan terhadap Anggota Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, ADUN-ADUN Pantai Irama, Mohd Huzaimy Hussin, Tawang, Harun Ismail dan Jelawat, Zameri Mat Nawang.

“Himpunan ini juga bertujuan merapatkan hubungan antara pemandu lori dengan wakil-wakilrakyat dalam Parlimen Bachok khususnya, termasuk Kelantan amnya,” katanya hari ini.

Menurutnya, program berkenaan dianjurkan NGO K4G yang akan diadakan di Dataran Ekspo, Pantai Irama, di sini pada pukul 2.30 petang.

Beliau menambah kata,  tiga orang  jemputan  dijangka  menyampaikan ucapan pada hari tersebut iaitu bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang,  Datuk Hassan Mahmod,  Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Negeri, Kamal Mohamed dan timbalannya, Mohd Firdaus.

“Saya menyeru orang ramai khususnya warga Parlimen Bachok  serta kawasan berhampiran hadir untuk memeriahkan majlis ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 6/2/2024

- Advertisement -