
KALABAKAN: Majlis Anugerah Prestasi (MAP) 2023 PASTI Kawasan Kalabakan yang berlangsung pada hari ini menyaksikan seramai 123 orang pelajar dari sembilan PASTI naik ke pentas menerima Sijil Penghargaan Tamat Persekolahan.
Majlis berlangsung dengan suasana yang yang gilang-gemilang di Institute Of Science And Management (ISM) Tawau.
MAP 2023 kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Kalabakan, Ahmad Dullah.
MAP kali ini menyaksikan pelajar PASTI Pra Tahfiz Al-Amin Kampung Pasir Putih, Ainur Safiyyah Sukriyawan telah dinobatkan Tokoh Murid PASTI Kawasan Kalabakan.
Turut mencuri tumpuan pada MAP tersebut adalah persembahan nasyid daripada PASTI Pra Tahfiz Al-Amin yang terdiri daripada anak soleh solehah 5 dan 6 tahun.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kawasan, Razman Roslee dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar atas kejayaan itu.
“MAP ini sebagai tanda meraikan kejayaan anak-anak dan sebagai apresiasi kepada anak soleh solehah yang cemerlang dalam aktiviti pembelajaran di PASTI,” katanya.
Menurutnya lagi, MAP kali ini memupuk budaya menghargai dan meraikan kecemerlangan anak-anak agar terus bermanfaat.
Beliau mengucapkan tahniah atas keprihatinan semua pihak yang terlibat, terutamanya daripada Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) yang sentiasa menyokong kelancaran semua program PASTI dan seterusnya memupuk perpaduan antara pengurusan dan ibu bapa. – HARAKAHDAILY 3/2/2024











