Bendahari perlu usaha tambah kewangan parti

- Advertisement -

AMPANG: Bendahari di semua peringkat perlu berusaha untuk menambah pendapatan dan kewangan PAS, kata Dato’ Iskandar Abdul Samad.

- Advertisement -

Menurut beliau, PAS mempunyai tiga produk yang perlu diperkenalkan kerana ia boleh menjana pendapatan parti iaitu ‘Go Green’, Smart-I dan Infaq Istiqamah.

Bendahari PAS Pusat itu berkata, Go Green adalah kad prepaid untuk membeli minyak petrol di mana setiap liter yang dibeli, 5 sen akan masuk ke dalam akaun PAS.

Katanya, ini adalah program baharu yang telah dilancarkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS lepas di Shah Alam.

“Kita juga ada program Smart-I dan Infaq Istiqamah. Kita hendak mencapai sasaran 50,000 penyumbang Infaq Istiqamah iaitu 5 peratus daripada ahli.

“Kalau kita dapat 100,000 penyumbang, ini sangat bagus. Sekarang ini kita hanya dapat lebih kurang 8,000 sahaja yang berdaftar.

“Kita minta semua bendahari dapat membuat penambahan penyertaan. Hari ini kita dapat 40 orang yang mendaftar Infaq Istiqamah,” katanya.

Katanya, setiap introducer Infaq Istiqamah jika mereka mendapat seorang penyumbang,  bulan pertama mereka akan dapat apa yang orang itu sumbangkan.

“Contohnya, daftarkan orang, orang tersebut menyumbang RM50 sebulan, bulan pertama dia juga akan dapat RM50 dan ini sebagai insiatif untuk dapatkan agen. 

“Ada agen yang boleh dapat RM1,000 hingga RM2,000 dengan mencari penyumbang. Kita perlu program sedemikian sebab kita hendak perkasakan bendahari,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/2/2024

- Advertisement -