Kelantan jadi hub lembu pedaging berkualiti

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan berjaya mengeluarkan anak lembu betina pertama dari baka charolais melalui kaedah straw permanian beradas.

- Advertisement -

Usaha itu dilaksanakan melalui Projek Pelestarian Lembu Naimbif dan Pusat Bio Animal Reproduction Center (BIO-Art).

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komiditi, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kerajaan negeri menjalinkan kerjasama dengan Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaaan (IBVK) Jerantut untuk menghasil benih berkualiti.

Katanya sebagai percubaan sebanyak 50 induk lembu betina menerima benih yang diambil dari dua ekor lembu penjantan terpilih di BIO-Art.

“Malah hasrat negeri untuk menjadi hub lembu pedaging berkualiti tercapai tidak lama lagi.

“Hasil pertama progeny (anak lembu betina) daripada straw air mani beku peringkat uji kali melalui permanian beradas di bawah projek itu dilahirkan pada 13 Januari lalu.

“Penternak yang menerima skim kajian memberi respons yang positif dan berdasarkan skor badan dan kualiti anak dalam kategori A, penternak harap dapat dikembangkan dan dimanfaatkan,” katanya di sini.

Projek tersebut dilaksanakan kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan veterinar Kelantan dan Kelantan Biotech Corporation (KBC) serta IBVK, Jabatan Perkhidmatan Veterinar. – HARAKAHDAILY 31/1/2024

- Advertisement -