EPIC tingkat aplikasi teknologi hijau

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Muhtar Suhaili berkata, anak syarikat kerajaan negeri Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) komited kepada kelestarian tenaga dengan meningkatkan pengaplikasian teknologi hijau ke arah mencapai sustainable development goals (SDG).

- Advertisement -

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC Berhad itu menyatakan demikian susulan beliau mengetuai pasukan EPIC Solar Sdn Bhd  iaitu anak syarikat EPIC Berhad ke Ladang Solar Coara Marang Sdn Bhd di Merchang, Marang, semalam.

Menurutnya, di Merchang, terdapat tiga operator loji janakuasa tenaga solar dengan jumlah kapasiti 250 megawatts (MW).

Jelasnya ia melibatkan Coara Marang Solar PV Park dengan kapasiti 100 MW, ⁠Cypark Impian Marang Solar PV Park (100 MW) dan ⁠Merchang Quantum Solar PV Park (50 MW).

Menurutnya, salah satu perniagaan yang diceburi oleh EPIC Berhad ialah Renewable Energy (Tenaga Boleh Diperbaharui) dan Green Technology (Teknologi Hijau).

Katanya, Loji Janakuasa Tenaga Solar EPIC seluas 76 ekar dengan 15 kluster panel terletak di Teluk Kalong dan boleh menjana tenaga dengan kapasiti 18.5 MW.

“Sebagai sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas, EPIC komited kepada kelestarian tenaga dengan meningkatkan pengaplikasian teknologi hijau ke arah mencapai Sustainable Development Goals (SDG),” ujarnya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Coara Marang Sdn Bhd dan semua kakitangan kedua-dua syarikat di atas layanan mesra sepanjang lawatan itu. – HARAKAHDAILY 30/1/202

- Advertisement -