DACS Perlis menang tipis ke atas DACS Kedah 4-3

- Advertisement -

ARAU: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS), Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis menang tipis 4-3 pada perlawanan persahabatan dengan DACS Kedah.

- Advertisement -

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Haziq Asyraf Dun merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beseri berkata, perlawanan itu memberikan satu pengalaman berharga bagi pasukan mereka.

“Walau bagaimanapun, ada juga kekecewaan apabila Baddrol Bakhtiar tidak dapat hadir seperti yang dijanjikan.

“Pasukan DACS Kedah menjelaskan bahawa Adun Gurun itu terpaksa berurusan dengan perkara yang tidak dapat dielakkan pada saat akhir,” katanya selepas perlawanan.

Perlawanan yang berlangsung hingga 7.20 malam menampilkan aksi sengit di antara kedua pasukan.

Pemain-pemain lagenda Perlis seperti Amar Rohidan,Azizi Matt Rose (Mat Rem), dan Syazwan Zainon (Wan Kapet) turut menyertai perlawanan tersebut.

Turut hadir dalam perlawanan tersebut adalah Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail. – HARAKAHDAILY 30/1/2024

- Advertisement -