Agenda siapa mahu hapus skim pencen?

Kintan Man
- Advertisement -

MELAKA: Pengerusi Pertubuhan Peduli Buruh Wanita Malaysia, Kintan Man mempersoalkan adakah tindakan kerajaan yang mahu menghapuskan skim pencen ada kaitan dengan perjuangan kelompok yang menjadi komponen Pakatan Harapan.

- Advertisement -

Menurut beliau, perkara itu jelas tidak selari dengan hak untuk menerima manfaat pencen kepada kakitangan awam seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia selama ini.

“Lebih-lebih lagi majoriti penjawat awam adalah golongan Melayu-Bumiputera yang mana mereka ini dilindungi hak mereka oleh Perlembagaan.

“Menghapuskan pencen adalah sama seperti mengganggu hak dan keistimewaan orang Melayu,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambah Kintan, oleh kerana orang Melayu adalah majoriti penjawat awam maka sudah pasti ia akan menimbulkan isu dalam soal sosioekonomi bangsa itu.

Justeru, katanya, demi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara maka skim pencen untuk penjawat awam itu wajar dikekalkan.

“Tetapi jika pindaan ini hendak diteruskan juga, kerajaan mesti mengadakan perbincangan dengan penjawat awam sendiri dengan mendengar pandangan mereka.

“Jangan buat sesuatu keputusan yang boleh merugikan bangsa sendiri. Jangan khianati orang-orang Melayu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/1/2024

- Advertisement -