
KOTA BHARU: Jasad peniaga kosmestik Norhisyam Ismail, 43 ditemui di pesisir pantai di Kuala Besar, di sini petang semalam selepas 14 hari hilang pada kejadian di jambatan Tendong.
Mangsa ditemui kira-kira jam 6 petang dan turut disahkan isteri arwah selepas membuat pengecaman berdasar seluar dan tali pinggang yang dipakai mangsa sebelum kejadian.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Che Mazlan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.08 malam.
Katanya, sebaik menerima maklumat beberapa anggota bomba bergegas ke lokasi dengan sebuah bot untuk mengambil mayat yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Suri.
“Mayat mangsa dibawa ke darat melalui Jeti Kuala Besar sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya kepada media.
Sebelum ini media melaporkan, seorang peniaga produk kosmetik lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Kelantan d Jambatan Sultan Ismail Petra, di sini. – HARAKAHDAILY 29/1/2024











