Ladang solar: Kedah mahu belajar kejayaan Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kedah mahu belajar pengalaman dan kejayaan Kelantan dapat membina ladang solar terbesar di Danau Tok Uban Pasir Mas dekat sini yang terbesar di Asia Tenggara.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Mohamad Yusoff Zakaria berkata, Kedah dikenali dengan negeri yang mempunyai lima tasik besar.

Beliau berkata, dengan khazanah yang dimiliki negeri itu, kerajaan negeri juga berhasrat untuk membina ladang solar sama seperti Kelantan bagi menjana Tenaga Boleh Baharu (TTB).

“Jadi ini merupakan satu langkah kerajaan negeri Kedah juga mempunyai tasik-tasik yang boleh dimanfaatkan untuk penjanaan ekonomi dan tenaga baharu bagi negeri Kedah.

“Kita adakan lawatan ke ladang solar di Danau Tok Uban ini untuk memahaminya dengan lebih dekat, kita memang ada cadangan dan juga pelaburan untuk bina ladang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Exco kerajaan negeri di Mabna Membangun Bersama Islam (MBI) di sini petang tadi.

Turut hadir pada kunjungan itu, Exco Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jitra, Dr. Haim Hilman Abdullah, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Dato’ Dr Izani Husin dan Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Mohamad Yusoff merupakan Adun Kuala Nerang berkata, ia merupakan sebahagian usaha antara kedua-dua belah pihak untuk bersama memanfaatkan kelebihan yang dimiliki negeri.

Beliau berkata di bawah kerajaan negeri empat (SG4) yang dibentuk sebelum ini memberi ruang kepada Kedah Kelantan Terengganu dan Perlis untuk berkongsi pelbagai teknologi.

“Kita nak melihat bagaimana operasi di sini Danau Tok Uban ini dilaksanakan, jadi ini merupakan sebahagian usaha kita untuk sama-sama memanfaatkan kelebihan negeri dalam SG4.

“Ia memberi ruang untuk kita membina kekuatan ekonomi baru melalui kerjasama-kerjasama negeri ini dalam bentuk perkongsian pemahaman teknologi dan seumpamanya,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/1/2024

- Advertisement -