EPIC teruskan tradisi tahunan bantu pelajar

- Advertisement -

KUALA NERUS: Seramai 100 murid dari lapan buah sekolah rendah di sekitar Kuala Terengganu dan Kemaman menerima sumbangan bernilai RM500 menerusi program ‘EPIC Back to School 2024’.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad), Mukhtar Suhaili berkata, program berkenaan merupakan tradisi tahunan syarikat dan salah satu cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah inisiatif ‘EPIC Celik’.

“Inisiatif ini memberikan fokus kepada usaha menyokong pembangunan mampan dan menyeluruh sektor pendidikan di Negeri Terengganu.

“Program kembali ke sekolah anjuran EPIC Berhad ini mensasarkan murid-murid dari keluarga kurang berkemampuan dengan menyediakan keperluan penting untuk menghadapi sesi persekolahan baharu.

“Beberapa aktiviti pengisian interaktif juga dijalankan oleh pihak syarikat bersama murid-murid terpilih,” katanya.

Menurut Mukhtar, tahun ini, program berkenaan melibatkan 100 murid berbanding 80 pada tahun sebelum.

Bagi sesi pertama, katanya, program telah dijalankan semalam di premis operasi syarikat di Kemaman bersama 50 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok.

“Pada hari ini pula, 50 murid dari tujuh buah sekolah iaitu SK Pusat Chabang Tiga, Sk Paloh, Sk Wakaf Mempelam, SK Durian Burong, SK Rengas Bekah, SK Pulau Rusa dan SK Bukit Losong.

“Setiap murid menerima sumbangan RM500 dalam bentuk barangan keperluan sekolah termasuk pakaian, kasut, beg dan lain-lain,” katanya pada Program Kembali Ke Sekolah EPIC 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah EPIC Berhad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim. – HARAKAHDAILY 29/1/2024

- Advertisement -