Perlis berusaha perkasa perundangan syariah

Muhammad Azmir Azizan
- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis akan turut memperkasakan undang-undang syariah di negeri ini dengan mengadakan perbincangan awal dengan pelbagai.

- Advertisement -

Exco Agama Kerajaan Negeri Muhammad Azmir Azizan berkata, perbincangan awal diadakan dengan Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi PAS (LUHAM) dan pakar-pakar dalam bidang berkenaan.

“Disember lepas kita ada perbincangan dengan Exco Agama di Kelantan yang sudah lama menggubal pelbagai dasar termasuk berkaitan pendidikan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini petang ini.

Menurutnya juga gerak kerja memperkasakan syariah dimulakan dengan mengharamkan premis judi mulai tahun ini.

Kata beliau lesen premis yang sedia ada akan berakhir pada Mac 2024 dan selepas itu lesen premis judi tidak lagi dibenarkan.

“Begitu juga kempen hayya alasolah tahun ini kita semarakkan. Selain itu mengubah daripada konsep yang sebelum ni ada hiburan yang agak terbabas garis panduan.

“Menteri Besar umumkan sebelum ini sebarang hiburan yang lalai kita tak benarkan. Sebab itulah sambutan tahun baru akhir Disember lepas kita adakan program Aid for Palestin,” ujarnya.

Menurutnya juga kempen hayya alasolah akan dipaparkan pada billboard di beberapa lokasi dengan menjelaskan keuntungan dan ancaman terhadap mereka yang tidak sembahyang.

“Kita akan letak poster kempen tersebut di bukit-bukit kecil di Perlis. Begitu juga poster Jom Zikir dan Ya Allah Peliharalah Perlis. Poster tersebut diletak di tempat agak tinggi bagi memudahkan orang ramai nampak,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/1/2024

- Advertisement -