Aktiviti memancing erat hubungan Adun dan rakyat

- Advertisement -

PADANG BESAR: Seramai 80 peserta menyemarakkan pertandingan memancing ikan darat anjuran Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) Kampung Baru Kok Klang, MPKK Kampung Kok Klang, MPKK Kampung Paya Burma, dan MPKK Kampung Cikgu Ali.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chuping, Saad Seman, berkata, aktiviti seperti itu dapat mengeratkan hubungan antara wakil rakyat dan penduduk kampung.

“Program seperti ini, kita berpeluang bertanya khabar dan bersua muka dengan rakyat sambil gembira mendapat hasil memancing.

“Program ini seharusnya diteruskan pada masa akan datang kerana mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk setempat,” katanya di bendang Kampung Kok Klang, Paya Burma, di sini.

Turut hadir Adun Mata Ayer, Wan Badariaah Wan Saad, dan Syahrul Nizam bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. – HARAKAHDAILY 24/1/2024

- Advertisement -