OKU hayati agenda Penghayatan MBI

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai program bagi memastikan golongan orang kelainan upaya (OKU) mempunyai kefahaman lebih mendalam tentang agama.

- Advertisement -

Sehingga sekarang pelbagai usaha dilakukan dengan kerjasama Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Negeri Kelantan (MPPOK).

Begitu juga sempena tahun 2024 pelbagai aktiviti disusun yang dimulakan dengan program usrah bulanan diadakan di Bilik Gerakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) semalam.

Program tersebut disertai 20 OKU yang dipengerusikan Ketua Duta OKU Kelantan, Mohammad Kufri Omar.

Kufri berkata, program usrah diadakan bermula jam 11 pagi diadakan dua sesi iaitu ‘Bicara Santai Solat’ bersama Ustaz Kahirul Amilin Hassan yang berkongsi ilmu bagi memperbetulkan bacaan dalam solat.

Manakala sesi kedua disampaikan peguam Mohammad Faizal Che Yusof berkaitan Dasar OKU Muqarrabun (DOKUM) dengan memberi pencerahan dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam (MBI).

“Sesi tersebut turut diberi sesi soal jawab dan ahli-ahli usrah bertukar pandangan dalam menambah baika hala tuju MPPOK pada masa akan datang.

“Program usrah merupakan sebahagian agenda tarbiah yang diadakan secara konsisten dengan kerjasama kerajaan negeri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/1/2024

- Advertisement -