AKSB keluar 90 info video di media sosial

- Advertisement -

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengeluarkan hampir 90 info video sepanjang tahun lepas sehingga sekarang sebagai maklumat kepada orang ramai.

- Advertisement -

Pemangku Pengurus Besar AKSB Izani Ismail berkata, video berupa penerangan itu dimuat-turun ke laman sosial AKSB termasuk Facebook, Tiktok, Laman Web dan Instagram.

Katanya, AKSB berharap info video tersebut dapat dikongsi rakan-rakan media agar supaya segala maklumat berkaitan AKSB dapat disalur kepada orang ramai.

“AKSB dan media tidak mahu ketinggalan dalam menghadapi penyiaran maklumat secara digital, di mana setiap berita boleh dilayari secara atas talian dan info tersebut diperolehi tanpa garis sempadan dan masa.

“Info berkenaan boleh dikongsi media supaya masyarakat mengetahui berhubung gerak kerja yang dilakukan AKSB,” katanya pada majlis Apreasiasi Media Kelantan 2024 malam tadi.

Izani juga berkata, program itu dianjurkan untuk merapatkan ukhwah yang sedia terjalin antara AKSB dengan petugas-petugas media.

“Ia juga sebagai tanda penghargaan dan komitmen rakan-rakan media dalam usaha menyokong peranan AKSB di mata masyarakat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/1/2024

- Advertisement -