Terengganu masih menilai kerugian akibat banjir

- Advertisement -

MARANG: Kerajaan negeri masih dalam proses menilai jumlah kerugian akibat banjir yang melanda Terengganu penghujung tahun lalu.

- Advertisement -

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penilaian itu merangkumi kerosakan harta benda penduduk dan harta awam yang terjejas dalam bencana berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal yang diterima pihaknya, sektor pertanian dan penternakan merekodkan kerugian lebih kecil berbanding ketika bencana sama melanda sebelum ini.

“Berkaitan bencana banjir gelombang ketiga kita belum lagi menerima laporan penuh kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pelbagai sektor.

“Kita ada anggaran kerosakan kepada sektor pertanian penternakan, tetapi kadar kerosakan terhadap dua sektor itu jauh lebih kecil berbanding yang dulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika kepada pemberita selepas Majlis YAB Menteri Besar Turun Padang sempena Penyerahan Notis Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompk (RTB) Tapak Kediaman Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini. (Foto atas)

Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri juga masih mengumpul bilangan keluarga terjejas akibat bencana tersebut.

“Kita masih kumpul lagi bilangan keluarga terjejas, tidak lebih dari 1,000 orang terkesan akibat daripada kerosakan rumah mereka dan sangat minima berbanding dengan sebelum ini.

“Kerajaan negeri akan bantu dan tidak sama setiap orang kerana kerosakan berbeza, ada yang perlu kayu, bata, zink dan sebagainya, jadi itu sedang diuruskan oleh pihak kerajaan dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/1/2024

- Advertisement -