Panel solar jimat kos dan mesra alam

- Advertisement -

KANGAR: Satu perjanjian antara kerajaan negeri dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), GSPARX Sdn. Bhd, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis (JKR) diadakan untuk pemasangan panel solar di negeri terbabit.

- Advertisement -

Menurut Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, perjanjian Pembekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE) itu bukan sahaja mampu mengekalkan kelestarian alam sekitar malah memberi penjimatan dana.

“Saya yakin menerusi pemasangan sistem berkenaan ia mampu memberi penjimatan kepada kerajaan negeri.

“Penjimatan ini juga menunjukkan komitmen kerajaan kepada rakyat untuk pentadbiran yang lebih cekap dan berjimat cermat,” katanya ketika memberi ucapan sempena majlis tersebut di Regency Hotel, di sini, semalam.

Selain itu Jabatan Tanah Dan Galian Negeri Perlis (JTG) juga antara agensi yang turut bekerjasama menjayakan inisiatif ini.

Kata Shukri lagi, penggunaan sistem tersebut mampu mengelakkan pembebasan 68 tan gas rumah hijau setiap tahun.

“Hal ini perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh semua agensi yang berkaitan, di samping menyokong konsep kelestarian hijau di negeri ini ia juga dapat mengembangkan lagi penggunaan tenaga baharu yang semakin meningkat penggunaannya.

 “Sesuai dengan cuaca yang unik dan alam yang menghijau di bumi Perlis, jadi kita merasa amat yakin dengan penggunaan tenaga boleh diperbaharui ini dapat dijayakan dengan sebaiknya,” ujarnya lagi.                                                                                                                                        Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau negeri, Megat Hashirat Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur & Pengangkutan Awam, Izizam Ibrahim; Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN), Dr Puteh Soraya A. Rahman dan Ketua Jurutera Elektrik Negeri Perlis, Ir. Mohd Soffian Mohamad Mukhtar.

                                                                                                                                         Dalam ada itu katanya dengan kemasukan pelancong yang semakin ramai ke Perlis maka sudah tentu pihaknya amat menjaga kelestarian hijau.

Sebelum ini maklumnya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah menjayakan perjanjian yang sama dengan pihak TNB bagi pemasangan solar di bangunan JPS pada tahun ini.

“Alhamdulillah, projek pembangunan solar bagi agensi kerajaan ini sebenarnya telah dimulakan bersama-sama pihak TNB sejak Oktober 2022 di bangunan UTC Perlis, di bawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dengan kapasiti 50kWp,” katanya lagi.

Justeru beliau mengharapkan pendekatan seperti ini dapat dilaksanakan oleh jabatan dan agensi yang terlibat dalam pemasangan solar di bangunan masing-masing.

Sehubungan itu beliau yakin perkara itu dipertimbangkan oleh para pegawai kerajaan negeri bagi menyokong usaha yang bermanfaat.

“Saya dengan sukacitanya berharap majlis ini menjadi pemangkin kepada pelaburan solar di bangunan bangunan kerajaan Negeri Perlis dalam masa akan datang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/12/2023

- Advertisement -