
TENTERA pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Khanyounis, Jabalia, Al-Zawaida, Al- Maghazi, kejiranan Al-Zaiton, Nusirat, Al-Bareej dan Deir Al-Balah.
2. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Yad Mordechai, Netif, Kfar Azza, Nir Oz, Kibbutz Magen, Nirim, Ashdoud, Netiv Hasra, Nir Yitzhak dan Nahal Oz serta pangkalan dan kedudukan tentera pengganas rejim zionis Israel di Ra’im dan Sofa termasuk kawasan-kawasan penempatan haram yahudi di sekitar Gaza.
3. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di sekitar bandar Gaza, Khanyounis, Falluja, Jabalia, Shujaia, Beit Hanoun, kejiranan Sheikh Nassar, Karama dan Sheikh Ridwan termasuk di sekitar utara Semenanjung Gaza. Berikutan pertempuran sengit yang berlaku, dilaporkan lebih daripada 5 tentera pengganas rejim zionis Israel mati dengan lebih 30 lagi dilaporkan cedera termasuk lebih daripada 10 buah kereta kebal dan perisai tentera pengganas rejim zionis Israel dimusnahkan kumpulan pejuang Palestin.
4. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus bertindak kejam dan zalim dengan mencabuli norma-norma kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa apabila semalam telah membakar Sekolah Khalifa di Beit Lahia yang menjadi tempat perlindungan ratusan warga Semenanjung Gaza serta memaksa warga Semenanjung Gaza yang berlindung keluar dari sekolah tersebut. Tentera pengganas rejim zionis Israel juga turut mengebom hospital lapangan yang dikelolakan Jordan di Khanyounis, penembak hendap (sniper) tentera pengganas rejim zionis Israel menembak pasukan paramedik di Hospital Al-Shifa serta mengepung dan mengebom Hospital Yemen Al-Saeed di Jabalia yang menempatkan ribuan warga Semenanjung Gaza yang berlindung.
5. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Jerusalem, Tubas, Baitul Laham, Hebron, Nablus, Jenin dan Ramallah.
6. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara, dron dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Yaron, Kfarshouba, Kfarhamam, Laboneh, Jabal Balat dan Bint Jbeil.
7. Tentera Hizbullah membalas serangan udara, dron dan artileri tentera pengganas regim zionis Israel ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan dengan melancarkan serangan roket, dron dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera rejim pengganas zionis Israel di wilayah dan kawasan yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti di Jal Al-Alam, barat Galilee, Ya’ara, Misgav Am, Metula, Al-Jalil, Ramia, Sheeba Farms, Ruwaisat Al-Asasi, Branit, Naqoura, Hamra, Birket Risha dan Shlomi.
8. Menteri Penerangan Kerajaan Yaman (Houthi) menyatakan bahawa Yaman bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang tindak balas ketenteraan yang akan dilaksanakan ke atasnya dan akan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk berhadapan dengan keganasan terhadap Semenanjung Gaza. Selain itu, beliau turut menyatakan sebarang kapal yang membuat apa jenis penghantaran kepada negara haram pengganas zionis Israel yang melalui Laut Merah akan berhadapan dengan serangan tentera Yaman di samping bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang tindak balas ketenteraan oleh tentera pengganas rejim zionis Israel.
9. Menurut laporan akhbar Washington Post, tentera pengganas rejim zionis Israel pada 45 hari berlangsungnya perang di Semenanjung Gaza telah menggugurkan lebih daripada 22,000 bom yang telah diberikan oleh Amerika Syarikat.
10. Tentera pengganas rejim zionis Israel sehingga hari ini terus menggugurkan bom terlarang iaitu bom fosforus putih ke atas sasarannya di Semenanjung Gaza mahupun di selatan Lubnan.
11. Badan penyiaran negara haram pengganas zionis Israel melaporkan bahawa tentera rejim pengganas zionis Israel menyatakan bahawa perang di Semenanjung Gaza akan diteruskan selama lebih kurang 2 bulan lagi. Di samping itu juga, Penasihat Keselamatan Nasional rejim pengganas zionis Israel menyatakan bahawa pentadbiran Joe Biden tidak menetapkan tarikh akhir untuk tentera rejim pengganas zionis Israel menamatkan perang ke atas kumpulan pejuang Palestin.
12. Ribuan pendatang haram yahudi termasuk ahli keluarga pendatang haram yahudi yang ditahan kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza mengadakan demonstrasi besar-besaran di Tel Aviv mendesak kerajaan negara haram pengganas zionis Israel untuk berunding dengan kumpulan pejuang Palestin dan menghentikan perang untuk membebaskan tahanan pendatang haram yahudi.
13. Sebuah menara peninjau yang diduduki dan diawasi oleh batalion tentera Sepanyol yang menjadi sebahagian daripada tentera pengaman PBB di White Valley, selatan Lubnan telah menjadi sasaran pengeboman tentera pengganas rejim zionis Israel.
14. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Britain, Amerika Syarikat, Perancis, Kanada, Austria, Belgium, Jepun, Itali, Ghana, Denmark, Jerman dan Turkiye.
Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.
Disediakan oleh:
YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Luar Negara PAS Pusat – HARAKAHDAILY 10/12/2023











