KPKKT rangkul anugerah Best Brand Awards 2022-2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu (KPKKT) berjaya merangkul anugerah Best Brand Awards 2022-2023 dalam kategori Sustainable Forestry Management.

- Advertisement -

Anugerah tersebut telah disampaikan pada satu majlis yang diadakan di sebuah hotel, di sini Rabu lalu.

Menurut KPKKT, anugerah itu didedikasikan kepada semua warga KPKKT dan Golden Pharos Berhad (GPB) Group di atas usaha yang keras sepanjang tahun untuk semaksimum mungkin menjaga kelestarian hutan di samping memenuhi keperluan permintaan dari industri perkayuan dengan mengusahasil secara Selective Management System.

“Dengan #Sustainableforestry, KPKKT akan terus komited dalam melestarikan hutan demi kelansungan generasi yang akan datang,” ujar KPKKT menerusi laman Facebooknya. – HARAKAHDAILY 10/12/2023

- Advertisement -