Kerana konsert padang binasa

- Advertisement -

SEBELUM ini, ada satu golongan melenting apabila para pendakwah bebas dan orang awam tegur pasal konsert. Katanya batal konsert tidak ‘pro Shariah’. Ada pihak-pihak yang akan terzalimi! Konsert mesti diteruskan!

Kata Menteri, nasihat mufti bukan fatwa hanya pandangan. Ternyata, mufti tidak dihormati dan pandangan mufti dibakulsampahkan secara terbuka di khalayak orang ramai. Perdana Menteri ke-10 (PMX) pun ucap selamat datang, ketibaan Coldplay diraikan dengan gahnya. Katanya dengan ini, ekonomi dapat dijana.

Lepas padang rosak, sunyi sepi tidak ada pula golongan yang kononnya berjuang demi kepentingan negara itu bangkit, marah dan lawan. Di mana kekesalan mereka atas nasib padang yang terkorban ini?

Apa kata Menteri Sukan? Apa kata PMX? 

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia hanya pesan untuk datang ke stadium dengan LRT. Timbalan Menteri Sukan, Adam Adli harap padang tak lecak.

Kita mahu Menteri dan pasukannya menggunakan akal mereka untuk mengurus stadium negara ini dengan bijaksana. Bukan hanya ibarat melepaskan batuk di tangga.

Baru sahaja bulan lepas padang Stadium Bukit Jalil dipuji selepas Kelayakan Piala Dunia. 

Kali ini punyalah hambar Perlawanan Akhir Piala Malaysia apabila pertama kalinya juga pihak media tidak dibenarkan merakam perkembangan terkini di dalam stadium atas faktor privasi. Kenapa?

Semoga baik-baik sahaja buat pasukan JDT dan TFC malam ini.

ABDUL RAHMAN FAUDZI 
Ketua Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 8/12/2023

- Advertisement -
- Advertisement -