Ucapan Setpol PM langgar rukun Madani

Datuk Dr Aliakbar Gulasan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Sabah melahirkan rasa kecewa terhadap ucapan Setiausaha Politik (Setpol) Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam majlis perasmian Program Outreach Paguguyuan ke-13 di Keningau.

- Advertisement -

Menurut Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Aliakbar Gulasan, ucapan itu jelas melanggar salah satu rukun Madani yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri sendiri iaitu hormat.

“Hormat bukan sekadar retorik tetapi mesti diterjemahkan dalam setiap tindakan dan ucapan pada setiap masa.

“Ucapan berbaur kepartian juga menunjukkan Shamsul Iskandar gagal membezakan di antara program parti dengan program rasmi kerajaan. 

“Sewajarnya ucapan dalam program rasmi kerajaan menjurus kepada kesejahteraan, keharmonian dan kepentingan rakyat tanpa prejudis kepada mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Sabah berkata, PAS negeri menyeru kepada semua pemimpin supaya berpolitik dengan matang dan sejahtera sekali gus sentiasa memperjuangkan kebajikan rakyat.

Shamsul Iskandar dalam ucapannya secara terbuka menyelar PAS menggunakan sentimen agama dan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan diayah PAS. – HARAKAHDAILY 7/12/2023

- Advertisement -