Seludup PATI: Mekanisme elak pecah amanah, rasuah

Senator Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) sering diperkatakan dan menjadi masalah dalam negara apabila berlaku rasuah sebagaimana yang dilaporkan.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Senator Hussin Ismail meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah mekanisme yang digunakan kementerian bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak kesalahan pecah amanah dan rasuah yang melibatkan sindiket penyeludupan PATI dalam kalangan anggota penguatkuasa.

Beliau mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Pertanyaan Ahli-ahli Dewan Negara daripada PAS, Bersatu dan Gerakan sebagaimana di bawah.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian Kerajaan berkenaan konflik Israel dan Palestin.

Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah mekanisme yang digunakan Kementerian bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak kesalahan pecah amanah dan rasuah yang melibatkan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam kalangan anggota penguatkuasa.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Perdana Menteri menyatakan apakah program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memberi kesedaran kewajipan pelaksanaan fardu ain kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sejauh manakah kejayaannya serta adakah wujud halangan dalam melaksanakan program ini.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan komprehensif yang telah diambil oleh Kementerian dalam menangani masalah kes penipuan dalam talian yang mengandungi unsur- unsur penyeludupan manusia oleh sindiket untuk bekerja secara paksa di luar negara.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan apakah usaha Kementerian termasuk kerjasama yang melibatkan agensi dan Kementerian yang lain dan badan pemikir dalam mewujudkan ‘makmal demokrasi’ sebagai landasan pendedahan literasi kenegaraan yang lebih jitu terutamanya dalam kalangan belia.

Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam meneliti model terkini projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) khususnya dalam transshipment hub yang mampu melonjakkan nama negara dalam sektor kargo.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam dan apakah status terkini rang undang-undang tersebut.

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah langkah-langkah pemerkasaan dari Kementerian untuk menangani ketirisan subsidi dan amalan kartel bagi menjamin kebajikan dan kepentingan pengguna.

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian Kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi yang memberi sokongan kepada Palestin dan mengecam tindakan Zionis Israel.

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan:-

(a) apakah keberkesanan inisiatif Rahmah yang telah memberi impak sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat terutama dalam mengatasi isu kos sara hidup sejak diperkenalkan pada 31 Januari 2023 yang lalu; dan

(b) berapakah jumlah jualan dan keuntungan bagi peniaga, usahawan, pengusaha pusat gedung beli-belah dan pelbagai syarikat swasta yang menyokong inisiatif Rahmah sehingga sekarang.

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah inisiatif daripada Kementerian bagi menarik golongan anak muda untuk menceburi bidang industri perladangan dan komoditi seperti getah, sawit dan buluh.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Dalam Negeri menyatakan setakat tahun ini, berapakah bilangan pelancong dari luar negara yang tiba di pintu masuk Malaysia yang dihalau balik khususnya bagi pelancong warga negara China.

Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pelaksanaan proses semakan menyeluruh terhadap silibus mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah sejajar dengan usaha untuk memperkukuh kembali nilai jati diri dan ketamadunan bangsa Melayu dalam kalangan pelajar. – HARAKAHDAILY 7/12/2023

- Advertisement -