
DATA dan fakta jelas menunjukkan Umno Terengganu konsisten kehilangan undi dan kepercayaan rakyat sejak PRU12 iaitu selepas Umno merampas kembali Terengganu daripada PAS.
Jumlah peratusan bilangan undi dan majoriti semakin berkurang sejak pentadbiran Terengganu beralih kepada Umno.
PRU11 : 63.89 peratus.
PRU12 : 60.28 peratus.
PRU-13 : 57.81 peratus.
PRU-14 : 44.06 peratus.
PRU-15 : 34:07 peratus.
PRK (2023) : 29.94 peratus.
Jumlah kerusi parlimen Umno juga berkurang sejak 2008. Daripada 8 kerusi pada 2004 kepada 6 kerusi (2008), 4 kerusi (2013), 2 kerusi (2018) dan akhir sekali hilang semua kerusi pada PRU15.
Jumlah kerusi DUN juga menurun saban tahun. Daripada 28 kerusi pada 2004 kepada 24 kerusi (2008), 17 kerusi (2013), 10 kerusi (2018) dan akhir sekali hilang semua kerusi pada PRU15.
Pada PRU15, Umno meletakkan bekas Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad Said untuk mencabar calon PAS Che Alias Hamid.
Dijangkakan Umno akan merampas semula kerusi Parlimen Kemaman daripada PAS dengan meletakkan calon bekas Menteri Besar.
Namun jangkaan meleset apabila Mat said kalah teruk dengan majoriti 27,000, kekalahan terbesar dalam sejarah Umno di Kemaman ketika itu sebelum kekalahan dengan 37,000 majoriti pada PRK Kemaman baru-baru ini.
Kegagalan yang menimpa ini sangat berbeza dengan apa yang dilalui PAS apabila berjaya mentadbir Terengganu pada 2018.
Sokongan rakyat Terengganu kepada PAS melonjak tinggi hanya dalam tempoh 1 penggal berada di bawah pemerintahan YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri.
Sekian.
MUHAMMAD IRSYAD SYAFIQ BURHANUDDIN
Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Terengganu
7 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 7/12/2023











