Tiada projek baharu PR1MA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, membangkitkan isu status projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di negara ini.

Beliau berkata, isu perumahan di negara ini sering dibangkitkan di parlimen dan baru-baru ini, melawat satu laman sesawang berhubung projek PR1MA.

- Advertisement -

Katanya, belum ada sebarang projek perumahan PR1MA baharu, terutama di wilayah tengah yang meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

“Jadi saya mohon Timbalan Menteri untuk memperjelaskan mengenai status perumahan PR1MA sekarang ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Sementara itu Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menyatakan bahawa sebanyak 22 projek PR1MA yang berstatus sakit.

Menurutnya, masalah itu bukan sahaja dipikul oleh pemaju, tetapi pembeli rumah sendiri.

“Maka sebab itu, salah satu fokus di bawah pasukan petugas yang saya pengerusikan, kita memang beri tumpuan khusus kepada projek PR1MA dan Alhamdullillah untuk tempoh 10 atau 11 bulan ini, sebanyak 11 projek perumahan itu berjaya disiapkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/12/2023

- Advertisement -