Kekangan masa tidak halang Exco turun padang

- Advertisement -

PADANG SERAI: Kesibukan sebagai Ahli Majlis Kerajaan Negeri, tidak mengekang Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berkhidmat di kawasannya sendiri.

- Advertisement -

Beliau sempat ‘turun padang’ bertemu penduduk serta menyampaikan sumbangan Beras Sejahtera kepada penerima di Kampung Batu Puteh, Merbau Pulas.

“Saya harap program Beras Sejahtera yang disumbangkan oleh kerajaan negeri ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban terutama terhadap golongan sasaran,” kata Ashah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merbau Pulas.

Majlis sumbangan kebajikan dan Beras Sejahtera itu merupakan antara program di bawah selian Majlis Ketua Kampung (MKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau.

Dalam pada itu, beliau memberi komitmen akan hadir ke kampung-kampung lain menyampaikan sumbangan berkenaan.

“Tetapi saya harap MKK di kampung lain dapat bersabar. Dengan kekangan masa yang terhad saya akan cuba hadir,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 6/12/2023

- Advertisement -