Apa usaha kerajaan perangi rasuh selaras ekonomi madani

Dato’ Husain Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Dato’ Husain Awang membangkitkan usaha kerajaan yang selaras dengan dasar Ekonomi Madani untuk memerangi rasuah.

- Advertisement -

Ini, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu itu agar kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia dapat mencapai skor yang lebih baik.

Beliau mengemukakan soalan itu kepada Perdana Menteri pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Ahli-ahli Dewan Negara daripada PAS, Bersatu dan Gerakan yang mengemukakan soalan seperti di bawah.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan:-

(a) apakah tindakan tegas dari Kerajaan dalam mengatasi isu bilik sewa ‘sarang burung’; dan

(b) bagaimanakah Kementerian memastikan pemilik premis mematuhi garis panduan serta spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Luar Negeri menyatakan pendekatan yang lebih agresif oleh Malaysia dalam sebarang pertubuhan antarabangsa bagi menghentikan kemaraan rejim Zionis Israel melalui ‘ground offensive’ ke atas rakyat Gaza.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi menggantikan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah yang akan ditamatkan operasi pada tahun 2026.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Kerja Raya menyatakan sejauh manakah komitmen dan pelaksanaan yang telah diusahakan oleh pihak Kementerian dalam mencapai matlamat penghapusan tol di lebuh raya.

Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan inisiatif Kerajaan dalam usaha mengurangkan beban rakyat setelah pengumuman mengenai subsidi ayam dihentikan bermula 1 November 2023.

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan keberkesanan Program Khas Beras Putih Tempatan, pelantikan FAMA, FELDA, dan FELCRA untuk membekalkan beras tempatan, mengenakan had pembelian beras serta melancarkan Ops Beras Putih Tempatan 2.0 bagi mengekang kenaikan harga import beras dan pengurangan bekalan beras putih tempatan di negara ini.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Pendidikan menyatakan pendirian terkini Kerajaan berkenaan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate, UEC).

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan pelan jangka panjang bagi meningkatkan penghasilan lateks negara dan pelan mengurangkan import lateks.

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mengukuhkan kembali nilai ringgit yang semakin melemah.

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha-usaha Kementerian dalam menangani isu penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Ekonomi menyatakan indikator yang digunakan untuk mengukur kemajuan pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG) di Malaysia.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Perdana Menteri menyatakan kesediaan Kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-Undang bagi menjamin kesamarataan peruntukan untuk setiap Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat tanpa mengira latar belakang politik mereka.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha oleh Kerajaan yang selaras dengan dasar Ekonomi MADANI untuk memerangi rasuah agar kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia dapat mencapai skor yang lebih baik.

Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan jaminan dan penegasan Kerajaan dalam memastikan sistem saliran yang menyalurkan bahan kumbahan dan buangan perumahan tidak dialirkan ke sungai dan laut bagi menjamin ekosistem dan kepelbagaian alam semula jadi sungai serta laut negara terpelihara.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah Kementerian telah membuat pemetaan (mapping) untuk menentukan keperluan industri supaya dapat dipenuhi dan tidak berlaku ketidakpadanan serta dapat memenuhi penawaran dan permintaan (supply and demand) industri.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menambahbaik tatacara pengendalian piawai (SOP) sekatan jalan raya yang mendapat banyak bantahan dan rungutan pengguna jalan raya akibat kesesakan yang melampau.

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Kesihatan menyatakan hasrat Kementerian untuk menambah bilangan pakar perubatan terutamanya dalam subkepakaran seperti pakar pembedahan vaskular terutamanya di wilayah utara.

Tuan Aknan A/L Ehtook minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan jumlah peruntukan yang digunakan dan kumpulan sasar dalam melaksanakan program Tuisyen KAMI. Berapa bilangan murid yang mendapat manfaat daripada program ini dan berdasarkan penilaian yang dibuat adakah program ini akan diteruskan bagi tahun-tahun berikutnya.        

Tuan Aknan A/L Ehtook minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan bilangan pelajar berketurunan Siam yang telah ditawarkan tempat di setiap Universiti Awam bagi setiap tahun dari 2018-2023 dan bilangan pelajar berketurunan Siam yang ditawarkan pembiayaan pendidikan oleh JPA dan MARA di dalam dan luar negara dalam tempoh yang sama. – HARAKAHDAILY 28/11/2023

- Advertisement -