Teliti semula geran perkapita disalur kepada negeri

Senator Musoddak Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Ustaz Musoddak Ahmad meminta Menteri Kewangan menyatakan rancangan bagi meneliti semula geran perkapita yang disalurkan kepada negeri-negeri.

- Advertisement -

Ini, katanya supaya diambil kira dengan peningkatan kos sara diri dan kadar inflasi semasa.

Beliau mengemuakkan soalan berkaitan perkara itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Soalan ahli-ahli Dewan Negara daripada PAS, Bersatu dan Gerakan hari ini sebagaimana di bawah.

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Kewangan menyatakan adakah langkah rasionalisasi subsidi dan pembaharuan cukai dapat memberi impak kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.               

Tuan Aknan A/L Ehtook minta Menteri Komunikasi Dan Digital menyatakan kemajuan pelaksanaan Projek JENDELA dan sejauh manakah kawasan-kawasan yang masih menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti seperti negeri-negeri di Kedah dan Kelantan dan kawasan- kawasan memerlukan penggunaan satelit seperti di Sabah dan Sarawak telah memperoleh kualiti perkhidmatan seperti yang disasarkan oleh projek JENDELA ini.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Ekonomi menyatakan bagaimanakah Kerajaan memastikan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dapat diterapkan di semua peringkat Kerajaan yang terlibat.      

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan apakah usaha pengkomersialan benih padi IS21 yang dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia dalam membantu meningkatkan pengeluaran beras dalam negara.

Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Kewangan menyatakan rancangan bagi meneliti semula geran perkapita yang disalurkan kepada negeri-negeri supaya diambil kira dengan peningkatan kos sara diri dan kadar inflasi semasa.

Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana gerakan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) berfungsi dalam membantu menyelesaikan isu pelaksanaan projek sekolah daif di negeri- negeri yang berpendapatan rendah seperti Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Ekonomi menyatakan sejauh manakah kesediaan Kerajaan supaya tidak berlakunya hiperinflasi disebabkan oleh pengapungan harga ayam, pemansuhan subsidi diesel dan kenaikan harga beras.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu bentuk perundangan perolehan awam bagi mengawal selia aktiviti perolehan, menambah baik penggunaan sumber, mengelakkan pertembungan kepentingan serta melindungi hak pelbagai pihak dalam satu-satu perolehan.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah Kerajaan membuat perincian berkenaan unjuran peratus pengurangan pekerja asing yang diperlukan negara setiap tahun bagi memastikan sedikit demi sedikit negara dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing, sejajar dengan peningkatan teknologi dan automasi yang dapat mewujudkan lebih banyak sektor pekerjaan berkemahiran tinggi.

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Luar Negeri menyatakan pencapaian penyelesaian konflik Palestin-Israel hasil daripada lawatan Perdana Menteri ke Timur Tengah (Arab Saudi, Turkiye dan Mesir) baru-baru ini serta peranan Malaysia sebagai suara Islam yang berani, lantang, tegas dan berdiplomasi.          

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk merangka undang-undang baru bagi mengawal masalah jerebu sebagaimana yang telah dilakukan oleh negara jiran.

Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan Kerajaan terhadap kes pencerobohan bot nelayan asing (BNA) seperti dari Vietnam dan Thailand yang memberi kesulitan serta mengancam keselamatan nelayan tempatan.

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dan apakah pendirian Malaysia mengenai isu Palestin di peringkat antarabangsa selain daripada bantuan kemanusiaan.

Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan justifikasi penamatan subsidi harga ayam yang telah ditamatkan pada 1 November 2023 serta kesan inflasi luar jangka terhadap langkah yang diambil.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jenis-jenis bantuan atau sokongan (seperti biasiswa, bantuan kewangan dan sebagainya) daripada Kementerian yang ditawarkan kepada para pelajar dan pusat latihan TVET supaya kita dapat melihat lonjakan penglibatan pelajar dalam sektor penting ini.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah persediaan Kerajaan dari segi kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar apabila pindaan Akta Pendidikan 1996 yang mewajibkan pendidikan wajib sekolah sehingga 17 tahun dilaksanakan.

Tuan Aknan A/L Ehtook minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan langkah untuk menyegerakan kerja-kerja menaik taraf Jalan Kg. Kok Seraya ke Kg. Terbak, Tumpat, Kelantan dan tindakan yang diambil untuk memaklumkan pemilik-pemilik tanah yang terlibat. – HARAKAHDAILY 27/11/2023

- Advertisement -