
SIGMA memuji tindakan berani yang dilakukan secara terbuka oleh saudari Aisyah berkaitan teguran Program Nottingham Malaysian Games.
Aisyah merupakan mahasiswi Malaysia di United Kingdom telah memuat naik video di TikTok menegur penganjuran ‘afterparty’ di kelab malam Tunnel Club. Program ni turut ditaja oleh Education Malaysia London (EML) sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Rentetan teguran tersebut, Aisyah telah mendapat kritikan dari sebahagian pengguna media sosial yang mungkin kurang memahami mengenai tanggungjawab mencegah perbuatan mungkar bahkan mengabaikan hak kebebasan bersuara. Merantau ke negara Barat bukanlah alasan bahawa nilai-nilai agama dan budaya Timur harus diabaikan. Sebaliknya, rakyat negara ini seharusnya tetap teguh pada prinsip-prinsip dan mempertahankan moral yang telah diajar.
SIGMA dengan ini menyatakan sokongan terhadap Aisyah dan berbangga dengan keberaniannya menegur budaya hedonisme yang semakin berleluasa di kalangan anak muda.
Kami berharap agar lebih banyak lagi individu seperti ‘Aisyah’ yang memiliki keberanian untuk bersuara dalam menjalankan tanggungjawab terhadap amar ma’ruf nahi mungkar, terutama dalam era ketidakstabilan moral yang semakin membimbangkan.
SIGMA mengajak semua bersama-sama untuk menunjukkan sokongan anda kepada aisyah dengan menanda tangani petisyen menolak cyber bully dan menghentikan budaya asing daripada budaya Malaysia.
https://chng.it/9JXycP9N6f
AMAL HADAYA MOHAMMAD SHARIFUDDIN
Naib Presiden 3, (Pengerusi SIGMA)
Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) – HARAKAHDAILY 27/11/2023
Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/TnhWLBiDqRix9UfS/?mibextid=qi2Omg
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











