Kelantan kemas kini SOP perlombongan REE

Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) bagi memberi laluan kepada aktiviti perlombongan usur nadir bumi (REE) pada masa hadapan.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara itu sedang diteliti oleh Pejabat Tanah dan Galian bersama agensi berkaitan.

Katanya, Kelantan dijangka mempunyai simpanan REE yang berjumlah 2.5 juta tan mencecah nilai RM125 bilion daripada 700 bilion deposit yang terdapat seluruh negara.

“Sehingga kini perlombongan REE masih peringkat kajian. Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan melalui kementerian mengadakan pertemuan beberapa minggu lalu memnbincang perkara tersebut.

“Kerajaan persekutuan baharu sahaja memberi kebenaran kepada negeri-negeri untuk meneroka REE, selain itu SOP untuk perlombongan sedang diteliti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Dr Mohamed Fadzli (PN-Temangan) berkata, walaupun begitu kerajaan terpaksa melalui beberapa prosedur yang ketat khususnya Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Malah katanya penilaian tersebut mengambil masa yang lama antara dua hingga tiga tahun dan ia memerlukan komitmen negeri dan persekutuan.

Menurut beliau, kerajaan persekutuan juga melaksanakan projek perintis perlombogan REE di Gerik Perak untuk memastikan aktiviti tersebut tidak menjejaskan alam sekitar. – HARAKAHDAILY 22/11/2023

- Advertisement -