
HARI itu dah menang lawan Kyrgyztan 4-3. Semalam menang pula, lawan Chineses Taipei 1-0.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana dua kali berturut-turut menang dalam saingan kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026.
Kemenangan semalam telah meletakkan Malaysia berada kedudukan pertama dalam kumpulan.
Selain itu, Pasukan Malaysia meraih 10.66 mata tambahan sekali gus bakal melonjakkan kedudukan ranking yang lebih baik buat negara yang ketika ini pada tangga ke-137 dunia.
Ayuh semua rakyat malaysia, bersama-sama kita bersatu hati memberi sokongan penuh kepada pasukan Harimau Malaya untuk perlawanan yang akan datang.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar pasukan Harimau Malaya layak ke Piala Dunia 2026.
Dengar-dengar kata FIFA semakin minat dengan perkembangan Harimau Malaya, jom jadi ekor Harimau Malaya sejati!
USTAZ MUHAMMAD HANIF JAMALUDDIN
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 22/11/2023











