Peruntukan projek masa kempen p’raya bertentangan janji reformasi

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan pendirian kerajaan berhubung pengumuman peruntukan dan projek-projek negeri sewaktu kempen pilihan raya yang dilihat bertentangan janji reformasi.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut ialah soalan daripada ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan hari ini.

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan status terkini pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang sudah tertangguh begitu lama.

Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan cadangan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mengenai penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas bagi melaksanakan kajian terhadap kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Komunikasi Dan Digital menyatakan langkah bagi menghentikan kegiatan pelacuran dalam talian melibatkan anak muda di platform X atau sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Dato’ Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan tindakan bagi menyelesaikan sistem perparitan di Parlimen Ketereh kerana hujan berterusan akan mengakibatkan banjir kilat.

                Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta

MENTERI             PEMBANGUNAN              KERAJAAN          TEMPATAN         menyatakan

perancangan pihak Kerajaan untuk melaksanakan Projek Pembangunan Landskap Kehidupan di kawasan luar bandar.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Komunikasi Dan Digital menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk memastikan insiden seperti kumpulan The 1975 yang telah melanggar peraturan persembahan dalam Malaysia dengan meminum arak, mempertontonkan aksi melampau serta memperlekeh undang-undang negara tidak berulang lagi.

Dato’ Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah status perlaksanaan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada pesara tentera tak berpencen yang berumur 60 tahun ke atas seperti yang diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini. Berapakah bilangan penerima BSH yang layak setakat ini.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Perdana Menteri menyatakan apakah perkadaran yang munasabah yang diamalkan oleh Kerajaan untuk memastikan hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam, agensi Kerajaan, GLC dan GLIC berdasarkan Perkara 153 (2) Perlembagaan Persekutuan sentiasa terjamin.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah dasar atau polisi Kerajaan Madani berhubung dengan pembinaan rumah generasi kedua FELDA di kawasan tapak rumah asal; dan

(b) mengapakah bekalan air dan elektrik pada masa kini tidak diberi kebenaran untuk dipasang di rumah generasi kedua FELDA.

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan kaedah dan sumber kewangan bawah perlembagaan yang boleh dan telah diperuntukkan kepada semua ahli Parlimen yang dipilih secara sah dalam pilihan raya selain daripada elaun ahli Parlimen untuk memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan

Parlimen masing-masing.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan kaedah pelaksanaan perolehan Kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 yang telah diumumkan oleh Kerajaan sebagaimana ucapan dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu membentangkan Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) baru-baru ini. Adakah Kementerian Pertahanan akan melaksanakan perolehan secara tender terbuka antarabangsa memandangkan wujud minat yang sangat tinggi daripada beberapa syarikat pembina kapal terkemuka di seluruh dunia.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan berapa jumlah perbelanjaan Kerajaan yang telah dihabiskan sewaktu tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 yang lalu.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan tindakan Kementerian berhubung isu meter air pukal di bawah seliaan Badan Pengurusan Bersama (JMB) termasuk tunggakan pembayaran meter air pukal sehingga menyebabkan bekalan air pengguna dipotong.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Perdana Menteri menyatakan tatakelola bagi merangka Akta Kebebasan Maklumat. Sejauh mana kajian Kerajaan terhadap pengalaman dan pendekatan negara lain dalam hal ini. Bagaimana ia bersesuaian dalam konteks Malaysia khususnya dalam menjamin keseimbangan privasi individu, keselamatan negara dan akses awam.

Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) bagaimanakah Kerajaan mengawal sebelum memberi kelulusan merancang (KM) untuk projek perumahan yang terletak di kawasan yang dikelilingi kilang-kilang terutama zon perindustrian berat seperti di Kapar dan pihak manakah yang bertanggungjawab untuk memastikan infrastruktur sempurna; dan

(b) bagaimana Kerajaan mengatasi isu melibatkan projek lama yang mengalami natijah infrastruktur yang tidak menampung keperluan pembangunan bercampur sebegini.

Dato’  Hajah  Siti  Zailah  binti  Mohd  Yusoff  [Rantau  Panjang] minta Menteri  Perdagangan  Dalam  Negeri  Dan  Kos  Sara Hidup menyatakan usaha terkini Kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dan ianya telah membuktikan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara telah gagal menjalankan fungsinya untuk membela nasib rakyat.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah sasaran untuk berada di tangga ke-25 teratas dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) mampu dicapai memandangkan kes DNAA baru-baru ini yang melibatkan kes berprofil tinggi yang bukan sahaja bukan sahaja dipertikai rakyat Malaysia tetapi turut menimbulkan ketidakpercayaan masyarakat dunia.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Komunikasi Dan Digital menyatakan:

(a) apa status terkini projek JENDELA di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai; dan

(b) apakah penyelesaian terhadap isu capaian internet yang semakin lemah di Kuala Krai.

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan Kerajaan untuk menambah bilangan rumah kos rendah, kos sederhana rendah, projek perumahan rakyat dan rumah mampu milik di Pulau Pinang untuk mengelakkan warga Pulau Pinang terpaksa berpindah dari kawasan pulau ke Seberang Perai dan Kedah.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kerajaan bersedia untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara mendalam kompetensi Dewan Undangan Negeri-negeri dalam menggubal undang-undang Syariah selaras dengan titah Baginda Sultan Selangor atas kapasiti Baginda sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan langkah tegas Kementerian terhadap peniaga-peniaga yang tidak mematuhi harga kawalan di pasaran dan sejauh mana Unit Risikan Perniagaan yang ditubuhkan mampu bertindak secara holistik meliputi seluruh negara.

Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan pendirian Kerajaan berhubung pengumuman peruntukan dan projek-projek negeri sewaktu kempen pilihan raya yang dilihat bertentangan janji reformasi.

Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam membanteras ajaran sesat yang turut disebarkan melalui platform internet seperti Ajaran Si Hulk.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan susulan pengambil alihan syarikat Boustead Plantation Berhad, anak syarikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) oleh Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK):

(a) adakah Government Link Investment Companies (GLIC) lain melakukan perkara yang sama termasuk Lembaga Tabung Haji (LTH) yang memegang anak-anak syarikat dan aset-aset bernilai dan strategik umat Islam. Adakah terdapat perancangan pihak LTH untuk melupuskan aset atau saham anak-anak syarikatnya mengikuti jejak langkah LTAT. Sekiranya ada, sila senaraikan mengikut pecahan syarikat subsidiari; dan

(b) apakah usaha-usaha yang diambil oleh pihak LTH bagi memastikan anak-anak syarikatnya dan aset-aset pelaburannya sentiasa berdaya saing dan memberikan pulangan pelaburan yang kompetitif. – HARAKAHDAILY 21/11/2023

- Advertisement -