Dr. Sam tamak?

- Advertisement -

ADA kawan hantar keratan Berita Harian Mat Said kata ke Dr Samsuri (Dr. Sam) tamak sebab bertanding Parlimen Kemaman dan minta aku komen.

Pendapat aku, Dr. Sam bertanding Parlimen Kemaman sebenarnya satu berita baik bukan sahaja kepada rakyat Kemaman dan Terengganu  malah berita baik buat rakyat Malaysia.

Kenapa aku cakap macam itu? Ok kau orang tengok prestasi cemerlang Dr. Sam sebagai Menteri Besar Terengganu. Aku pernah tulis masa PRN, bagaimana Dr. Sam berjaya memulihkan prestasi GLC milik Kerajaan Terengganu yang Umno tinggalkan dalam keadaan tenat dan berhutang. 

TI Group, TDM Berhad, Golden Pharos, Epic Berhad, Hotel-hotel dan banyak lagi berjaya pulih. Prestasi kewangan negeri juga berada dalam keadaan baik dan kebergantungan negeri kepada royalti berjaya dikurangkan dan banyak hasil baru dibawa masuk. Jumlah peluang pekerjaan baru juga meningkat dan sekali gus meningkatkan ekonomi negeri. 

Kau orang ingat lagi kan, Terengganu berada di tangga ketiga daripada lima negeri yang merekodkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih baik berbanding pencapaian di peringkat nasional pada 2021. 

Pentadbiran Dr. Sam yang mesra rakyat, boleh dilihat dengan program-program yang beri manfaat kepada rakyat banyak dilaksanakan dalam Bajet Negeri Terengganu dari 2018 hingga 2023. Program bertumpu kepada pembangunan negeri, pendidikan rakyat, kebajikan rakyat, program ekonomi anak muda semua dia jaga. 

Dr. Sam sendiri bawa imej Menteri Besar yang mesra rakyat. Mana nak dapat Menteri Besar naik motor berdua dengan isteri dia pergi jenguk rakyat kat pasar pagi? Naik motor sarapan dengan rakyat hujung minggu. 

Atas sikap ‘merakyat’ dan menguruskan negeri secara profesional tanpa ada unsur membalas dendam kepada lawan politik, rakyat Terengganu ‘jatuh hati’ kepada Dr. Sam. Akhirnya mereka terjemahkan kepada kemenangan 32-0 kepada PERIKATAN NASIONAL dalam PRN yang lepas.

Alah, kalau Amirudin Shaari, Aminudin Harun dan Chow Kon Yeow yang prestasi PRN lepas merudum teruk boleh tanding dua kerusi, Mat Said tak berani kata apa pun. Dr. Sam yang cemerlang takkan tak boleh. 

Dah bagus sangat bakpe hantar ke pusat? Jawapannya kita nak hantar Dr. Sam ke pusat supaya dia boleh bantu beri idea kepada Kerajaan Persekutuan yang nampak tak tentu hala mentadbir. 

Dr. Sam dengan kepakaran dan pengalaman dia bersama Ahli Parlimen PN yang lain boleh membantu memberikan idea dan saranan kepada kerajaan untuk selamatkan negara. 

Kan kau orang pun nampak teruk sangat dah Kerajaan Madani ni. Rakyat Terengganu bangga apa tengok panglima mereka berhujah dan beraksi di Parlimen nanti. Aku secara peribadi nak sangat tengok Dr. Sam dalam Parlimen nanti. 

Satu lagi, dia duduk di Parlimen boleh dia perjuangkan hak rakyat Terengganu. Bayaran royalti, pembangunan negeri, kebajikan rakyat Terengganu, dia boleh tanya Perdana Menteri ke-10 (PMX) dan Menteri depan-depan muka. Masa itu kita tengoklah Perdana Menteri ke-10 (PMX) dan Menteri nak pusing macam mana.

Dalam masa yang sama, peranan Dr. Sam di negeri tidak akan terganggu. Dengan barisan Exco Kerajaan Negeri dan kakitangan awam yang sentiasa membantu Dr. Sam, aku yakin Negeri Terengganu akan terus cemerlang.  

Aku rasa Mat Said ini dah takut, sebab Kemaman kubu kuat dia dan kalau Dr. Sam menang, kali ketiga Parlimen Kemaman berjaya dimenangi PAS. Maka apa relevannya dia sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu. Kubu dah jadi kubur buat Umno Terengganu.

Rakyat Kemaman, selamat mengundi, calon nombor 2.

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 20/11/2023

- Advertisement -

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid036TrcjjdJ9m1FZdC9EfL3r8jb65XqDGmCEqcETZTrEEnRgDkgLxM6iME3sNqguRV3l&id=650875906&mibextid=xOYQyo

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -