Dasar kerajaan terhadap parti perjuangkan sekularisme

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan apakah dasar terhadap parti politik yang memperjuangkan dasar sekularisme dan Malaysian Malaysia.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertanyakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Presiden PAS mengemukakan pertanyaan itu kepada Menteri Dalam Negeri.

Soalan ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan pada hari ini sebagaimana di bawah.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah yang telah dirangka dan akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengutip cukai daripada sektor ekonomi bayangan atau black economy yang dianggarkan menyumbang sekitar 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi menyatakan perancangan Kementerian dalam melatih bakal usahawan agar menguasai ilmu perniagaan dan pemasaran terkini terutamanya melibatkan kecerdasan buatan yang semakin maju berkembang ketika ini.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada Kementerian akan meminta Jabatan Perkhidmatan Awam mempertimbangkan agar elaun kritikal diberi juga kepada jurupulih fisioterapi dan jurupulih cara kerja seperti mana ia diberi kepada para doktor dan jururawat atas sebab risiko pekerjaan.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha dilakukan oleh KDN bagi membanteras kegiatan warga asing berniaga termasuk membuka gerai serta kedai runcit.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kewangan menyatakan jenis barangan yang dilarang dijual di dalam kawasan zon bebas cukai yang mana sebahagian barangan tersebut telah menjejaskan peniaga kecil-kecilan di dalam kawasan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Kelantan.

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan hala tuju pendidikan TVET dan adakah pendedahan diberikan kepada para pelajar yang berminat terutamanya mereka yang kurang menyerlah dalam bidang akademik akan peluang yang ada dalam bidang TVET.

Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Kewangan menyatakan inisiatif Kerajaan bagi menangani masalah wang persaraan rakyat yang tidak mencukupi yang turut dihimpit dengan saiz sektor tidak formal yang besar di Malaysia dan nisbah tanggungan yang lebih tinggi.

Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah Kementerian dalam menangani isu silibus pembelajaran yang terlalu berat untuk pelajar sekolah rendah.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan perancangan terkini Kementerian berkaitan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat yang baharu memandangkan terdapat tapak berkeluasan 10 ekar berhampiran Pejabat Kesihatan Jenjarum untuk tujuan ini.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah dan sekolah usang bagi Sekolah Rendah dan Menengah di Parlimen Bukit Gantang. Apakah bentuk bantuan yang diberikan dan berapa banyakkah peruntukan yang telah diluluskan.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah permohonan pengeluaran khas KWSP yang telah diluluskan dan berapakah jumlah permohonan yang gagal sejak pengeluaran khas KWSP berbentuk pinjaman diluluskan.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Menteri Pendidikan menyatakan pendekatan, tindakan tegas dan segera yang diwujudkan oleh Kementerian dalam menangani isu buli di sekolah memandangkan gejala buli masih subur dalam kehidupan pelajar di sekolah, terutama berasrama dan Kerajaan tidak boleh lagi berpeluk tubuh atau membiarkan gejala buli di sekolah ‘selesai dengan sendiri’ tanpa sebarang tindakan awal atau pencegahan bagi mengelak ia terus berlaku dan berulang.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan:

(a) adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk menubuhkan Jabatan Warga Emas untuk membantu warga emas dalam aspek pendidikan, kesihatan, perniagaan dan lain-lain; dan

(b) apakah inisiatif terkini yang disediakan untuk warga emas dalam aspek pendidikan, kesihatan, perniagaan dan lain- lain.

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi menyatakan jumlah usahawan Bumiputera yang dikenakan status bankrup dan apakah strategi digunakan bagi mengurangkan kadar bankrupsi dalam kalangan usahawan Bumiputera yang baharu serta meningkatkan kemampanan golongan terbabit.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan justifikasi Kerajaan dalam penamatan kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dikendalikan oleh IRIS Corporation baru-baru ini, serta mohon nyatakan jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh pihak Kerajaan bagi membangunkan sistem ini.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pendidikan menyatakan pendekatan Kementerian untuk meningkatkan kadar kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dengan menambah bilangan sekolah yang menawarkan pendidikan khas dan dilengkapi dengan kemudahan asas yang mesra OKU.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Pendidikan menyatakan perancangan Kementerian Pendidikan Pentadbiran Kerajaan Perpaduan terhadap kuarters-kuarters pendidikan yang terbiar sejak sekian lama. Berapa jumlah kuarters yang ada ketika ini dan berapakah yang tidak digunakan.

Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan perkembangan siasatan terhadap himpunan yang turut disertai golongan LGBT di ibu kota beberapa bulan lalu yang juga dipercayai terlibat dalam kumpulan ajaran Ahmadi The Religion of Peace and Light.

Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah dasar Kerajaan Malaysia terhadap parti politik yang memperjuangkan dasar sekularisme dan Malaysian Malaysia. – HARAKAHDAILY 20/11/2023

- Advertisement -