Rakyat Kelantan pamer solidariti rakyat Palestin

- Advertisement -

TUMPAT: Kerajaan negeri kagum kegigihan anak-anak muda dalam menyatakan sokongan terhadap saudara seaqidah di Palestin yang kini sedang berjuang menentang kezaliman tentera Zionis Israel dan sekutunya.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Wan Roslan Wan Hamat berkata, mereka menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan pelbagai cara termasuk mengadakan perarakan bot di Sungai Kelantan.

Katanya ada juga berkonvoi dengan motosikal kuasa tinggi, motosikal biasa dan menunggang kuda sambil membawa dan mengibarkan bendera Palestin sebagai solidariti.

“Ini kaedah yang kita buat bahkan di peringkat dunia sekalipun perkara yang sama turut dibuat sebagai melahirkan tanda sokongan kepada Palestin.

“Untuk kita pergi ke Palestin tidak mampu, jaraknya amat jauh, lagi pun nak masuk bukan suatu perkara yang mudah,” ujarnya ditemui di sini.

Petang semalam lebih 200 bot menyertai perarakan di Sungai Kelantan sebagai sokongan kepada Palestin, di samping mempertahankan Enakmen Kanun Syariah (l) Kelantan.

Manakala malam akan berlangsung munajat rakyat Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV bagi mempertahankan Kanun Jenayah Syariah dan solidariti bersama rakyat Palestin. – HARAKAHDAILY 18/11/2023

- Advertisement -