
SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan sesi 2023-2025 menampilkan tiga muka baharu untuk jawatan timbalan pesuruhjaya (TPJ).
Mereka adalah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Ustaz Mohd Fairus Mohd Isa, ADUN Bagan Pinang, Ustaz Abdul Fatah Zakaria dan mantan TPJ 1 beberapa penggal lepas, Hassan Mohamed yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Pilah.
Rozmal Malakan pula diberi kepercayaan sebagai ketua penerangan sementara bendahari ialah Badzli Bakar dan Nazir Ramlan sebagai pengarah pilihan raya.
Enam AJK yang dilantik ialah Yahya Othman, Abd. Hadi Mohd Isa, Mohd Safi Rudin Hamthan, Khairul Yazman, Saadah Dahalan dan Noor Ahmad Md. Razali
Menurut Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha beliau juga turut memberi kepercayaan kepada anak muda untuk memikul tanggungjawab yang penting bagi memegang jawatan sebagai setiausaha iaitu Syed Iqbal Jamalulail.
Bagi jawatan Penolong Setiausaha (PSU) 1 ialah Ishak Yahya, Faiz Mustafa (PSU2) dan Mohamad Rahmat Mukhtar (PSU3).
Ketua dewan terdiri daripada Ustaz Mohd Nazri Md Yusuf (Ulamak), Ustaz Mahfuz Roslan (Pemuda) dan Masita Mohamed Ali (Muslimat).
Rafiei turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan kepimpinan PAS negeri sesi 2021-2023 yang telah melaksanakan tanggungjawab dan bekerjasama menggembleng tenaga, idea dan wang ringgit dalam kedua-dua pilihan raya lalu sehingga PAS memenangi 3 kerusi DUN. – HARAKAHDAILY 17/11/2023











