Konsert Coldplay di Ibu Negara mencemar solidariti Palestin

- Advertisement -

ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

- Advertisement -

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

 (Al-Rum: 41)

PAS Kelantan menggesa Kerajaan Malaysia agar mengambil tanggungjawab dengan tidak membenarkan penganjuran konsert artis antarabangsa Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, 22 November 2023 ini. Hal ini adalah mengambil kira situasi umat Islam di Palestin yang masih diperangi. Bantahan tegas perlu dizahirkan oleh semua pihak khasnya pihak kerajaan sebagai solidariti bersama.

Melalui konsert besar-besaran yang dianjurkan berorientasikan hiburan melalui artis antarabangsa yang pernah dikaitkan dengan budaya songsang, maka adalah tidak wajar pihak Kerajaan Malaysia memberikan kelulusan. Dalam kes ini penarikan semula kelulusan adalah lebih tepat tanpa prejudis.

Tambahan pula cuaca sekarang yang tidak menentu dan seluruh negara dalam keadaan bersiap-siaga menghadapi banjir. Kerajaan seharusnya mengutamakan kebajikan rakyat serta mengelakkan penganjuran konsert yang boleh mengundang masalah sosial dan bala Allah S.W.T.

​Ibarat ‘tidak hilang bisa ular menyusur akar‘, kerajaan hendaklah menilai semula keputusan dan kelulusan melibatkan penganjuran konsert berkenaan. Mesej sebuah kerajaan yang peduli Palestin dan kebajikan rakyat hendaklah diutamakan.

Sekian, terima kasih. 

YB USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan
02 Jamadil Awal 1445H | 16 November 2023M – HARAKAHDAILY 16/11/2023 

- Advertisement -