
INDIRA Gandhi bersama 13 orang yang lain failkan saman pemula kepada tujuh Kerajaan Negeri dan Wilayah Persekutuan dalam kes pengislaman sepihak atau famously known as ‘unilateral conversion’.
Depa failkan saman itu pada Mac 2023 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Depa saman apa? Depa kata enakmen di negeri-negeri tertentu terbatal dan tidak berperlembagaan khusus kes unilateral conversion.
Kes Indira Gandhi ni memang terkenal dengan isu pengislaman sepihak. Kes ini berlaku bila salah seorang parent depa masuk Islam dan anak (di bawah umur) tadi masuk Islam sama.
Dalam kes unilateral dulu, pengislaman anak-anak tadi cukup dengan persetujuan sebelah pihak sama ada ibu atau bapa atau penjaga.
Dalam kes Subashini (2007), Mahkamah putuskan pengislaman anak tadi cukup dengan persetujuan satu pihak; ibu atau bapa atau penjaga.
Namun, dalam kes Indira Gandhi (2018), keputusan itu berubah 180 darjah.
Mahkamah Persekutuan tafsir pengislaman anak tadi perlu persetujuan kedua-dua pihak.
Perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12(4) ditafsir both ibu dan bapa.
Jadi, saman yang Indira and the gang kemukakan kepada Kerajaan Negeri sebab depa kata peruntukan enakmen negeri tadi bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2018 itu.
Kerajaan Negeri yang disaman;
1. Kedah.
2. Perlis.
3. Melaka.
4. Negeri Sembilan.
5. Pahang.
6. Perak.
7. Johor.
8. Wilayah Persekutuan.
Isunya bukan kes saman itu saja, tapi kes cabaran terhadap peruntukan enakmen pentadbiran agama Islam di negeri-negeri tersebut.
Kalau dicampur puzzle dengan kes-kes yang lain seperti kes Juzaili Khamis, kes Iki Putra, kes SIS Forum, kita akan nampak gambaran menyeluruh ‘the end of mind’ depa.
HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 15/11/2023
Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02sJ36VAFeaQH9ivj98VixWVs1tMM1H8XBBVeqwR4vLWPc5NUi9Gtpgma2RuB5rZLal&id=100001607375200&mibextid=Nif5oz
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











