Bekas Jeneral PAT calon BN di Kemaman: Apa kata Sanusi?

PRK P.040 Kemaman

- Advertisement -

ALOR SETAR: Umno-Barisan Nasional (BN) bertindak mencalonkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor untuk PRK P.040 Kemaman menunjukkan parti itu sudah ketiadaan pemimpin yang layak.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor melontarkan nasihat kepada tokoh yang disifatkannya kuat itu dengan berkata bahawa BN bukanlah tempat untuk mencari atau memperkuatkan integriti serta melawan rasuah.

“Saya alu-alukanlah (beliau bertanding), harap dia dapat buat sesuatu. Tapi ini pilihan raya kan dia bergantung kepada sokongan. Kalau hebat pun calon tu, parti dia tidak disokong, faktor calon ni 30% saja dalam pilihan raya. Strength lain daripada itu jentera kempen.

Brand parti itu sekarang ni tengah menjunam. Bawa produk bagus pun masuk dalam brand tu jatuh juga. Sayanglah.

“(Dalam Umno-BN) dah tak ada orang dah dari segi dalam dia missionary BN untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang layak untuk memimpin orang ramai, tak ada. Dia terpaksa cari di luar. Itulah lemah dia,” ujarnya pada sidang media hari ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu juga menyifatkan kelemahan Umno-BN kini apabila mahu menyertai PRK tersebut bagi mengurangkan majoriti dimenangi PAS pada PRU15 semata-mata dan bukanlah kemenangan menjadi matlamat parti itu.

Tindakan yang ditempelaknya sebagai ‘menghabiskan beras’ itu dan meletakkan pula calon ‘heavyweight’ hanya merugikan di mana sepatutnya diletakkan di kerusi boleh menang misalnya di Bagan Datuk atau di negeri Johor dan Melaka.

“Kalau tempat boleh menang letak orang macam tu saya rasa lebih baiklah. Letak tempat 27,000 kalah nak suruh kawan tu kampoi mampuslah dia. Kesianlah kat dia, saya kesian kat dia,” ujarnya selepas Mesyuarat Khas EXCO di Wisma Darul Aman, di sini. – HARAKAHDAILY 15/11/2023 

- Advertisement -
- Advertisement -