
BELANJAWAN Selangor 2024 yang dibentangkan minggu lepas disebut sebagai belanjawan defisit oleh Menteri Besar Selangor kerana anggaran perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan yang bakal diperoleh.
Selangor dijangka dapat mengumpulkan hasil pendapatan negeri yang boleh dikutip sebanyak RM2.2 bilion untuk tahun 2024.
Pecahan anggaran perbelanjaan kerajaan negeri pula ialah RM1.33 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Anggaran perbelanjaan ini membuatkan kerajaan negeri mempunyai defisit sebanyak RM330 juta untuk menampung perbelanjaan negeri kelak.
Mampukah kerajaan negeri menyelesaikan hutang dengan kerajaan pusat sebanyak lebih RM19 juta sebagaimana yang disebut Menteri Besar untuk menoktahkan hutang tersebut pada tahun 2024?
ADUN PERIKATAN NASIONAL akan memperhalusi belanjawan yang dibentangkan ini dan bertekad memastikan semak imbang yang berkesan dapat dipraktikkan.
Selamat bersidang kepada semua ADUN PERIKATAN NASIONAL, semoga idea yang dicurahkan dapat dimanfaatkan Kerajaan Negeri Selangor sebaik mungkin demi kemakmuran bersama rakyat Selangor.
JABATAN PENERANGAN
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 14/11/2023











