Bandar baharu guna tanah Kementerian Pendidikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mencadangkan tanah milik Kementerian Pendidikan digunakan untuk pembinaan bandar baharu di parlimen itu.

Katanya, ini kerana tanah milik kementerian berkenaan seluas 81.97 hektar adalah yang paling strategik di parlimen Bukit Gantang, selain tidak ada tanah lain untuk dimajukan sebagai bandar baharu.

- Advertisement -

“Saya sudah panjangkan permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk mewujudkan sebuah bandar baru di tanah milik Kementerian Pendidikan dengan konsep pembangunan bercampur.

“Inilah saja lokasi yang ada di Parlimen Bukit Gantang untuk mewujudkan bandar baru dan ada juga yang diperuntukkan untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Jadi saya minta untuk dilihat semula permohonan Parlimen Bukit Gantang untuk memajukan kawasan ini sebagai bandar baru,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata beliau tidak dapat menjawab soalan itu kerana bidang pertanyaan yang luas.

“Saya minta maaf kerana mengenai bandar baharu, saya akan teliti terlebih dahulu dan dapatkan lebih maklumat untuk dijawab secara bertulis,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/11/2023

- Advertisement -